Saturday 15 June 2013

temujanji kita yang pertama



hari hari biasa yang sering aku malaskan
namun hari ini lain dari hari lain
pagi itu aku bangun dengan satu pesanan ringkas ,

-jom keluar hari nie .

dalam bingung aku cuba untuk berfikir waras
ada senyum yang terukir dibibir
ada riang yang berlabuh dihati
lantas pesanan ringkas itu aku balas

-pukul berapa nak keluar ?

dan jawapannya bikin aku kelam kabut
dengan pakaian tidur yang masih terlekat
aku lompat menuju ke kamar mandi
bersiap ala kadar tak mahu makan masa nanti .

berbalas pandang , bertentang mata
berbalas senyum , tertawa mesra
namun itu semua bukan cinta
cukup la sekadar teman tapi mesra

katanya biar masa yang menentukan
biar masa yang jadi pengadilnya
senang , ringkas namun membawa maksud yang padat .

No comments: