Showing posts with label cerita cinta. Show all posts
Showing posts with label cerita cinta. Show all posts

Saturday, 15 June 2013

temujanji kita yang pertama



hari hari biasa yang sering aku malaskan
namun hari ini lain dari hari lain
pagi itu aku bangun dengan satu pesanan ringkas ,

-jom keluar hari nie .

dalam bingung aku cuba untuk berfikir waras
ada senyum yang terukir dibibir
ada riang yang berlabuh dihati
lantas pesanan ringkas itu aku balas

-pukul berapa nak keluar ?

dan jawapannya bikin aku kelam kabut
dengan pakaian tidur yang masih terlekat
aku lompat menuju ke kamar mandi
bersiap ala kadar tak mahu makan masa nanti .

berbalas pandang , bertentang mata
berbalas senyum , tertawa mesra
namun itu semua bukan cinta
cukup la sekadar teman tapi mesra

katanya biar masa yang menentukan
biar masa yang jadi pengadilnya
senang , ringkas namun membawa maksud yang padat .

Thursday, 13 June 2013

sesi suaikenal ..


hampir setiap hari rutin aku berjalan tetap sama , perkara yang selalu aku buat mesti on facebook walaupun bukan 24jam aku menelaah benda alah tu tapi entah la mungkin habit kot .. hehe sampai lah satu hari tu ada 1 inbox dari sorang mamat yang aku tak pernah kenal pun , minta aku add dia sebab katanya kat facebook aku tak ada button 'ADD FRIEND ' sebab aku kalau bab add budak perempuan laju je aku tekan button add tuh tapi kalau bab nak add lelaki nie memang kelemahan lah .. tak minat tapi tak tahu kenapa dengan selamba je aku add mamat nie ..

memula ingatkan dia nie budak sekolah aku lah sebab aku banyak kali tukar sekolah so kurang pasti *padahal tak ambil tahu langsung . hahaha ... rupanya tak pernah kenal pun , tak pernah tahu pun sebenarnya wujudnya dia nie .. hehe macam biasa orang berbudi kita berbahasa dah dia baik takkan aku nak layan jahat plak kan , mesti la layan baik , sesi suaikenal pun berlaku antara kami , macam macam yang ditanya aku yang kurang bertanya pun jadi pandai nak bertanya .. hehe

beberapa hari chat akhirnya aku kena ikut akk aku pergi berniaga kat masjid negara , macam biasa update dulu kat facebook .  aku macam nak bagi hint la kat dia yang aku ada kat situ tapi tak harap pun dia akan datang .. tengah syok layan terfaktab tertiba akak bagitahu ada customer nak beli air , aku pun macam biasa la tanya nak air apa dan memang jadi kebiasaan aku tak pandang muka orang . cuma sekali aku tengok muka dia aku macam perasan satu benda , macam ingat ingat lupa mana taknya kat facebook muka dia tak pakai spec kat luar pakai memang confirm seratus peratus lain . tengah nak ingat tu tertiba " syafiqa kan " aku tergamam  , ' ooohhh damn dia datang .. ' tak terucap aku kat situ nasib baik sempat senyum karang dia ingat aku sombong pulak ..

tapi dari situ aku bergossip dengan akak rupanya akak cakap dia dah dua kali lalu dah , cuma last sekali baru berani singgah , mesti nak pastikan aku la tuh .. hehe pertemuan tak terduga tapi menampakkan bunga bunga kat hati tapi segera diabaikan , hehe aku takut bersandar pada dahan yang tak diketahui kekuatannya ..

bersambung ..

-Ieqa