Monday 17 June 2013

sekadar cerita ..


aku suka berbaring diatas rumput , memandang dan cuba untuk mengira setiap bintang yang ada dilangit dan masih juga aku tertanya samaada kamu juga suka melakukan hal yang sama .

aku suka duduk bersandar pada satu pokok sambil membaca bacaan yang ringan yang mungkin sahaja boleh aku kongsikan bersama kamu ketika kamu sedang senang berbaring di ribaan dan aku masih lagi tertanya tanya mahukah kamu melakukan perkara yang sama bersamaku ..

antara setiap puisi dan nota yang sering aku kirimkan , setiap patah lagu yang aku berikan , semuanya membawa maksud yang mendalam untukmu , untuk kita bersama dihari kelak .

semua masa ini , yang aku lakukan untuk membuat kamu selesa apabila bersamaku , namun beritahu aku sayang sekiranya ada perkara perkara yang tidak kamu setujui mahupun waktu untuk kamu ingin bersendiri

aku sedia untuk menanti dibirai pintu dengan setia sehingga kamu inginkan aku semula ..

dan saat itu , aku la wanita yang paling bahagia ..

-Ieqa

No comments: