Monday 27 January 2014

New Year 2014

Titik tolak kepada perubahan yang baru. 2014. Yayang pun dah dapat kerja baru, kerja sebelum ni dah berhenti sebab susah nak dapat waktu untuk solat dek "orang atas" yang tak mementingkan "welfare" pekerja dengan menekankan bab solat. Semoga keputusan yang dibuat kerana Allah ini deberkati oleh-Nya. Hari-hari yang berlalu sentiasa diisi dengan saling nasihat menasihati sebab lumrah manusia, memang mudah alpa. "Awak ingatkan saya, saya juga ingatkan awak" :)

Aku juga ada berita gembira untuk diriku. Triple happiness. Yayang dapat kerja baru, adik dapat result yang best dalam PMR dan aku dapat sambung belajar ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.. Alhamdulillah, kata-kata yang sering diucap oleh mulut masinku jadi kenyataan. "Nak kerja sampai akhir Januari je, lepas tu nak berhenti. Mungkin cari kerja lain dengan better salary". Tengok-tengok hikmahnya datang melalui surat tawaran sambung belajar ;P

Bukan tak bersyukur dengan gaji yang ada, aku terima je apa yang Allah bagi. Apa yang Allah bagi, ucapkan alhamdulillah.. Jangan merungut.. 

Semoga tahun ni & tahun-tahun yang mendatang akan memberikan 1001 berita baik dan semoga sentiasa berada dibawah rahmat-Nya.. ;)


No comments: