Saturday 2 November 2013

Langkah demi langkah

Perjalanan dalam kehidupan bagai satu graf yang dimana ia akan menaik sehingga puncak yang paling tinggi, dan akan turun kepada tahap minima semula.. A "Curve".. Sewaktu kecil, kita punyai banyak masa. Masa untuk belajar, masa untuk diri sendiri dan masa untuk bermain..

Sekarang kita berada di satu tahap yang agak kritikal iaitu perjalanan menuju dewasa.. Dimana mencari rezeki untuk terus mengecapi cara hidup yang diinginkan.. Untuk sambung belajar, untuk berkahwin dan untuk menampung kehidupan seharian.. Allah memang menyuruh hambanya mencari rezeki di muka bumi.. Buktinya,

Surah Al-Jumu'ah ayat 10:

"Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)"

Pada peringkat ini, nikmat masa itu semakin berkurangan.. Tiada masa yang panjang untuk diri sendiri, untuk belajar apatah lagi untuk bermain.. Bekerjalah dengan niat kerana Allah, balasan pahala menunggumu sayang.. 

Kita sebagai hambaNya akan sentiasa diuji sayang. Bersabarlah dengan ujian tersebut kerana Allah menjanjikan hikmah yang besar kepada hambaNya yang bersabar. Soal rezeki, letakkan kepercayaan penuh kepada Allah kerana semua itu, Dia yang aturkan. Sedangkan kuman dan bakteria pun ada rezekinya, tak kan manusia macam kita, Dia nak abaikan rezeki kita? Kan sayang? 

Tak semestinya kerja yang gajinya sikit, dialah orang yang hina. Tak boleh hidup dengan gaji yang sikit. Kan Allah dah aturkan rezeki setiap hambanya sejak kita dari dalam rahim lagi? Manusia selalu lupa benda tu. Walau gaji tu sikit pun, tapi berkat, rasa cukup je rezeki tu. Sentiasa mencukupi. Berbanding dengan gaji besar, tapi tak berkat. Kereta selalu rosak, ada saja masalah yang perlukan kewangan, hutang keliling pinggang. Hah, mana satu yang lebih baik?

You are a strong girl, sayang. You really are. Selalu berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan segala urusan. In addition, you've got me. Your strongest supporter in everything you do :) 

No comments: