Friday 14 February 2014

Secawan kopi bersama roti telur.

Kita masih lagi tersenyum ketawa bahagia, bertentang mata dengan masing masing masih lagi berpakaian tidur,
duduk berhadapan menikmati dinginnya pagi sambil mengadap secawan kopi yang kita kongsikan bersama dan menjamu telur dengan roti yang sudah tamat tarikh luputnya namun tidak dipedulikan oleh kita kerana kita sedang sibuk mengecap bahagia ..

Bahagia yang bukan cuma sehari dua tapi bahagia yang selama lamanya, bersama menempuh segala ranjau duri, ye kita masih lagi ketawa bersama. 

Dan bahagia yang cuma kita sahaja yang tahu tanpa perlu ditafsirkan orang orang diluar sana kerana kita berdua sudah cukup untuk merasa bahagia ..

No comments: