Thursday 11 July 2013

Usaha

Orang kata, hidup ni rumit. Cinta pun rumit. Tapi pada saya, tak ada apa-apa yang rumit selagi kita ikut garis panduan yang dah ditetapkan. Yang jadi rumit, cuma bila kita keluar dari jalan yang dah ditetapkan untuk kita ikut.

Setiap orang pasti ada kisah silam. Tak kira kisah silam yang baik, atau kisah silam yang buruk. Semua umat manusia tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Tapi bila kita dah sedar, apa yang kita buat tu salah, kenapa kita masih teruskan hidup dengan cara yang salah? Pada masa yang sama, kenapa kita tak cari kebenaran? Kenapa kita tak rasa ketenangan sebenar dalam hati? Sebab kita tak cari pencipta hati kita. Sebab Dia yang ciptakan hati & Dia jugalah yang membolak balikkan hati manusia ;)

Dah macam-macam jenis orang saya jumpa. Macam-macam cerita, dari duka lara yang paling teruk sampailah ke cerita tentang keindahan hidup yang saya sendiri tak pernah lalui. Semua tu berlaku bersebab, dan Dia tak akan biarkan hambaNya menanggung masalah yang tak mampu ditanggung. Semua ujian datang diatas kemampuan kita. Cuma cara kita pandang masalah tu & cara kita selesaikannya yang membezakan.

Setiap yang berlaku ada hikmah. Kena percaya sepenuhnya kepada Dia. Kita merancang, Dia juga merancang. Tapi perancangan siapa yang terbaik? Mestilah perancangan Allah. Setiap yang berlaku pada awak ada hikmah disebaliknya and it will all lead to a good ending

Ada 1 hadis yang saya dah lama nak kongsi dengan awak. 
Hadis itu berbunyi: Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana agamanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana hartanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang punya agama, maka engkau akan beruntung.” 
(Riwayat Bukhari, no. 5090, dan Muslim, no. 1466)

Nak kata awak dah kesuntukan masa untuk semua ni? Nabi tak pernah ajar hambanya erti "terlambat". 
Ada 1 sabda yang bermaksud: "Sekiranya ditangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku hari kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut".

No comments: