Wednesday, 12 June 2013

Macam mana boleh kenal?

"Macam mana boleh kenal?". Ayat biasa orang akan tanya bila tau yang kita dah ada orang lain kan? ;)

Aku jumpa dia kat facebook, *biasalah sekarang ni kan dah ramai jumpa jodoh melalui facebook? eh dah jodoh? belum lagi, tapi insya Allah ;)* Jumpa kat mana tu memang tak ingat tapi satu hari tu aku tersangkut kat profile dia.. Check punya check, hmm, okey jugak dia ni. Tapi tak ada button "add friend" sebab dia disable public untuk senang-senang add dia. Baguslah macam tu kan?

Nasib baik button message ada, terus klik kat situ. Bagi salam, cakap lah hajat kenapa mesej tu dihantar kepada dia. Disebabkan kebanyakan user facebook tak tau akan kewujudan folder "Other" di sebelah "Inbox" tu, dan disebabkan creator facebook dah tetapkan yang kalau nak hantar message pada orang yang tak ada mutual friends dengan kita, kena bayar dalam RM0.28 kalau tak silap, untuk mesej tu terus masuk ke Inbox, bukan "Other". So, aku pun mula menaip mesej & terus click "Send to Inbox". Lepas debit terus ke akaun, aku pun tunggu. Tunggu dia balas mesej ;)

Tak sampai 24 jam, dia reply. Tak percaya bila cakap yang dalam profile dia tak ada "Add Friend" button tu, aku pun hantar screenshot ke inbox. Tak lama lepas tu, dia pun add. Aku pun terus approve. Lepas tu, macam biasalah.. Chit chat sambil bersembang kosong & berkenal kenal ;)

Aku bukan jenis yang baru sekali chat dah terus mintak nombor. Borak aje macam biasa 2 3 hari.. Dia ada bagitau yang dia niaga kat Masjid Negara waktu sembahyang jumaat. Jumaat tu jugak aku ke Masjid Negara sebab nak tengok orang nya yang sebenar. Maklumlah, kat facebook bukan boleh percaya sangat. Ada yang fake account, laki guna akaun menyamar perempuan, perempuan guna akaun menyamar lelaki. Haishh, macam macam.

Pergi tu memang clueless sebab susah nak samakan muka kat facebook & muka bila dalam dunia reliti. Sebab utama nye ialah, ada produk kecantikan keluaran Adobe, namanya Adobe Photoshop. Bukan tu je, apa-apa photo editing software ada kan? Tu yang buat lagi susah nak recognize muka seseorang. Hehehe.

Last-last jumpa jugak.. Buat-buat beli air kat gerai dia, padahal baru lepas minum air :P

First impression, okay. Terkejut tengok kuku dia sebab dah ada inai :P Tak bercakap sangat bila jumpa kali pertama tu, cuma berjual beli macam pelanggan biasa. Cuma dia buat muka macam tengah mengingat sesuatu, mungkin muka orang yang datang beli air tu kot? Hehe. Sebelum beredar aku cakap "Syafiqa kan?". Dia tak membalas, cuma tersenyum.. 

Sejarah macam mana boleh kenal, ini je yang dapat diringkaskan.. Kalau nak cerita semua, tidur bangun balik pun tak habis baca lagi ;)


No comments: